1.    Bengkak kaki semasa hamil
  Bagi ibu yang mengalami bengkak kaki dan betis, cuba petua ini.
Campurkan sedikit jadam dengan air. 

     Masak/rebus campuran tersebut hingga jadam hancur dan pekat.

        Sapukan kepada kaki / betis ketika kadam masih suam. 
Baca selawat 3 kali. (disapukan ketika hendak tidur)
2.    Luka akibat jahitan

Bagi ibu yang baru melahirkan anak  biasanya mengalami rasa sakit atau pedih ketika 

   membuang air kecil. Cara;

Ketika membuang air kecil, sediakan air suam secukupnya.

Tuang air suam pada tempat berkenaan SERENTAK dengan keluarnya air kencing.

   Manakala untuk memulihkan segera luka jahitan, cuba cara berikut;
Rebus daun dan kulit pokok tanjung secukupnya.

Gunakan air tersebut untuk membasuh tempat luka.

3.    Mengecutkan rahim 

      Cara tradisional yang boleh dilakukan adalah bertungku, bersalai, makan jamu

   Selain itu, cuba petua berikut;

Ambil sebiji atau 2 manjakani.

Rendam dalam air panas beberapa minit.

Apabila manjakani agak lembut, tumbuk halus dan gentel sebesar biji kacang dan TELAN. 

Amalkan pagi dan petang. 


 
 
4.    Membetulkan perjalanan haid

   Cara mengubati perjalanan haid yang tidak teratur, petuanya ;

        Ambil segenggam pucuk senduduk.

Rebus dengan 2 cawan air sehingga tinggal secawan.

Baca Bismillah dan selawat 3 kali.

Minum air rebusan tersebut. 

Lakukan 3 hari berturut-turut.

   * Penyakit keputihan juga boleh dirawat dengan cara dinyatakan di atas.

 
 

5.    Memudahkan buang air besar
       
       Bagi ibu yang mengalami kesukaran membuang air besar @ sembelit, petua yang patut 

   diamalkan adalah;

Ambil daun sawi ditumis dengan sedikit minyak masak dan sedikit air.

Amalkan makannya setiap hari. Insya-Allah.

Cuba amalkan meminum segelas perahan air limau Sunkist panas suam yang dicampur sedikit madu lebah.

Amalkan sebelum sarapan.


 
6.    Badan Langsing selepas bersalin

      Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut;

Ambil 5 halia bara (halia cina), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.

Tumbuk kesemua sehingga lumat.

Perahkan air limau nipis.

Makan bersama nasi panas pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.


 
 
7.    Menjarakkan kelahiran 

Untuk menjarakkan kehamilan, boleh menggunakan pil atau alat pencegah kehamilan. Tetapi, boleh juga mencuba petua berikut; 
 

Ambil lengkuas sebesar ibu jari, halia sebesar ibu jari, 10 biji lada hitam dan 1/4 keping ragi.

Semua bahan ditumbuk halus, campurkan segelas air mendidih.

Tapis dan kemudian, campurkan sedikit air limau nipis dan sedikit garam.

Minum sebulan sekali sebelum tidur.

   * TAPI, sekiranya anda mengandung, JANGAN minum air ini kerana boleh menyebabkan KEGUGURAN.
 
 
8.    Mengempiskan perut 

Untuk mendapatkan tubuh badan yang menarik terutama di bahagian perut, cuba petua 

   berikut;

Ambil lada hitam kira-kira 2 setengah genggam.
 
Tumbuk halus, dicampur dengan sebiji ragi tapai.

Gaul bersama cuka bercampur air asam jawa.

Setelah ramuan tersebut sebati, sapukan di perut, di sekeliling pinggang.

Bengkung ketat.

Seeloknya dilakukan pada waktu pagi selepas bertungku. 

 
 
     
 
 
9.    Melebatkan rambut anak

Untuk melebatkan rambut anak setelah dicukur, sila gunakan petua ini;

Ambil seranting daun asin, seranting daun delima dan 6 helai daun melur. 

Kesemua daun akan digiling, campurkan bersama bedak sejuk dan air.

Sapukan di kepala bayi.
 

 
 
 
10.    Ruam susu

Untuk mengatasi masalah ruam susu bayi, cuba petua ini;

Ramas 2 helai daun sirih muda bersama sedikit air.

Tumbukkan ibu kunyit sebesar jari kelengkeng.

Campurkan kedua bahan tersebut, kemudian bancuh bersama bedak sejuk.

Sapukan pada kulit bayi yang terkena ruam susu.